MWTGA Constitution

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama

PERSATUAN PEMANDU PELANCONG WANITA MALAYSIA (MALAYSIAN WOMEN TOURIST GUIDE ASSOCIATION)

Selepas ini disebut “Pertubuhan”.

(2) Takrif Nama :
(3) Taraf Pertubuhan : Lain-lain

  1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah137, PERSIARAN 155A, BUKIT OUG TOWN HOUSE, 55800 KUALA LUMPUR
    WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPURdan alamat untuk surat-menyurat adalahLOT 02.03, M/F, CENTRAL MARKET ANNEXE,JALAN HANG KASTURI, 50050 KUALA LUMPUR
    WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;

  2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

1) Menyatu padu dan menjalin hubungan baik dan mesra dalam kalangan pemandu pelancong wanita seluruh Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa, agama, warna kulit, dan bahasa supaya saling membantu dan bertukar fikiran.

2) Menegakkan dan melindungi hak wanita dalam bidang kerja, meningkatkan taraf hidup serta kebajikan pemandu pelancong wanita disamping membentuk masyarakat dan keharmonian keluarga.

3) Melatih dan melahirkan pemandu pelancong wanita yang berkualiti, berpengetahuan, berdisiplin dan berwawasan.

4) Mencungkil bakat individu menuju ke arah kepakaran sebagai pemandu pelancong wanita yang cemerlang dan terbilang semasa memberi perkhidmatan kepada pelancong seterusnya mempromosikan negara dan memajukan industri pelancongan.

1) Keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;

a) Ahli Biasa
Keahlian terbuka kepada semua pemandu pelancong wanita yang berumur 18 tahun ke atas yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tidak mengira kaum, bangsa, agama, keturunan, nama,tempat tinggal di Malaysia. Bilangan ahli tidak terhad.

b) Ahli Bersekutu
Keahlian terbuka kepada semua pemandu pelancong lelaki yang berumur 18 tahun ke atas yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa, agama, keturunan,nama dan tempat tinggal di Malaysia. Ahli Bersekutu adalah ahli yang tidak memenuhi syarat kriteria menjadi ahli biasa.Ahli Bersekutu juga tidak boleh mengundi dan diundi dalam Mensyuarat Agung dan tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam persatuan. Bilangan ahli adalah tidak terhad.

c) Ahli Seumur Hidup
Keahlian terbuka kepada semua pemandu pelancong wanita sahaja yang berumur 18 tahun ke atas yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tidak mengira kaum, bangsa, agama, keturunan, nama,tempat tinggal di Malaysia. Bilangan ahli tidak terhad.

2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli yang telah berdaftar dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang dinyatakan di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

4) Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

1) Ahli yang hendak berhenti daripda menjadi ahli pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang pertubuhan atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantungkan keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh jawatankuasa.Sebelum jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

1) Bayaran masuk dan yuran bagi ahli biasa yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:-

a)Yuran Kemasukan: RM 100.00
b)Yuran Tahunan: RM 100.00
c)Yuran Keahlian Seumur Hidup: RM 2000.00

2) Bayaran masuk dan yuran bagi ahli Bersekutu pula adalah seperti berikut:-

a) Yuran Kemasukan: RM 100.00 b) Yuran Tahunan: RM 100.00

2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 30 hari lebih awal sebelum tamat tempoh.

3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada satu tahun daripada tempoh yang ditetapkan di fasal 6.2 akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun daripada tempoh yang ditetapkan di fasal 6.2 dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

1)Pengelolaan pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli.Sekurang- kurangnya seramai (1/3) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau 2 kali jumlah ahli jawatankuasa, mengikut mana yang kurang,hendaklah hadir di dalam mesyuarat dan mencukupi bilangan korum untuk mesyuarat.

2) Pengelolaan Mesyuarat Agung juga dibolehkan untuk dijalankan melalui kaedah tele persidangan dengan syarat ianya direkod sebaik mungkin dan video yang dirakam menunjukkan kehadiran semua ahli yang hadir pada hari mesyuarat diadakan.

3)Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan atau membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(4)Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja- kerja Mesyuarat Agung Tahunan adalah:-

(a)Menerima laporan jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun yang lalu;
(b)Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;

(c)Memilih dua tahun sekali ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kirakira untuk dua tahun akan datang;
(d)Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(5)Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit.Salinan surat-surat juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

(6)Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:- (a)Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau

(b)Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu pertiga (1/3) dari jumlah yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.

(7)Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(8)Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(9)Fasal 7 (1) dan 7 (3) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

(10)Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf minit tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

(1)Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:-

Seorang Pengerusi Seorang Naib Pengerusi Seorang Setiausaha Seorang Naib Setiausaha Seorang Bendahari

3 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa.
(dilantik melalui pemilihan semasa mesyuarat agung melainkan ahli jawatankuasa yang telah dipilih meletak jawatan dengan alasan yang munasabah, menjadi hak mutlak Pengerusi untuk memilih ahli jawatankuasa yang baru.

(2)Pemegang-pemegang jawatankuasa Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada dari Warganegara Malaysia.

(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula setiap
dua tahun.

(4)Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh mengambil tindakan yang

bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

(5)Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2)daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

(6)Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima.

(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa;

(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang banyak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat.

(7)Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletak jawatan di dalam Jawatankuasa.

(8)Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon

yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain bagi memenuhi kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

(9)Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan dan melantik pengurusan dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkkan kepentingan Pertubuhan.

(10)Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

(1)Pengerusi, dalam masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

(2)Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

(3)Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan,nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftaran Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.

(4)Naib Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

(5)Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.

(6)Ahli Jawatankuasa biasa hendaklah membantu Jawatankuasa menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

(1)Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biaya dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji seta upah memeriksa kira-kira.Walaubagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2)Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak melebihi daripada RM 1000.00 (seribu ringgit) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

(3)Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.

(4)Perbelanjaan yang lebih daripada RM5,000.00 (lima ribu ringgit) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM50,000.00 (lima puluh ribu ringgit) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM5,000.00(lima ribu ringgit) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.

(5)Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit
yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh mesyuarat oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.

(6)Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

(1) Dua orang ahli yang bukannya Pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

(2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setiap tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

(1)Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah(Deed of Trust).

(2)Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan.

(3)Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya pekerjaannya dengan memuaskan. Jika

berlaku kematian, peletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah baru yang dilantik di dalam Mesyuarat
Agung.

(1)Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikantafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

(2)Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli- ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu,melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat /Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis.

(1)Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Peh Bin, Belankai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, video game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

(2)Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa jua cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

(3)Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli- ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

(4)“Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang- undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

(1)Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung dipanggil khas kerananya.

(2)Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah di jelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

(3)Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

  1. Bendera
  • Tiada

Keterangan

  • Tiada
  1. LambangKeterangan
    1) Warna Merah, Biru,Kuning dan Putih melambangkan warna bendera Malaysia mewakili rakyat yang berbilang bangsa dan agama.2) Lukisan seorang wanita mewakili ahli persatuan pemandu pelancong wanita.3) Berbaju kebaya pula melambangkan baju kebangsaan yang mewakili semua kaum di Malaysia
  2. Lencana- Tiada
  3. Keterangan- Tiada